Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 23, 2021 @ 4:39pm

Pemeriksaan Terhadap Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Tidak Sepatutnya Berlaku – Rina Harun

Susulan berita yang tular di laman sosial mengenai sebuah sekolah yang melakukan pemeriksaan datang bulan terhadap pelajarnya, malah mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa.

Justeru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyiasat dan memantau sekolah didakwa melakukan “pemeriksaan datang bulan” terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau memandang serius perkara itu dan ia tidak sewajarnya berlaku, justeru siasatan akan dijalankan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

“Perkara ini tak wajar dan tak sepatutnya berlaku di sekolah, jadi saya pandang serius, saya akan buat susulan dengan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan MARA supaya perkara ini tak terjadi lagi. Ia amat mengejutkan, tidak boleh diterima pun pada akal fikiran kita,” katanya kepada media selepas merasmikan program Srikandi Muda Leadership Empowerment 2021 hari ini.
Sumber : BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Trending Tue, 12 Feb 2019
Featured Fri, 19 Jul 2024
error: Content is protected !!