Categories: Trending

Peminat Kpop Mungkin Boleh Lepak Di Kafe EXO Lepasni Ye!

Kafe EXO bakal dibuka di Malaysia!

Sebut sahaja EXO, pastinya peminat muzik Kpop di negara ini sudah hafal dengan nama-nama anggota Kumpulan ini, atau mungkin juga sudah ada yang siap hafal lirik lagu nyanyian mereka. 

Malah, fenomena kpop bukan sahaja dapat dilihat menerusi lagu-lagu mereka tetapi juga drama dan kedai kopi yang begitu banyak digunakan dalam scene-scene cerita mereka. Betul tak?

Jadi, Xtra ada sisipan istimewa buat peminat kumpulan EXO yang dianggotai oleh 9 oppa yang berbakat ini.

Cafe EXO Bakal Dibuka Di Malaysia?

Kafe yang diberi nama The Brusette Cafe itu adalah hasil olahan seorang peminat EXO di Malaysia. Malah pemiliknya merupakan seorang gadis Muslim  berusia 20-an. Dan, yang pastinya menu yang disediakan adalah Halal!

Namun, maklumat lanjut mengenai pembukaan kafe dan apakah antara menu yang dibakal dihidangkan buat pelanggannya masih menjadi tanda tanya.

Dan apa yang menariknya, pemilik The Brusette Cafe ini juga bertemu sendiri dengan ibu Chanyeol  ketika melawat Viva Polo di negara itu. Wow!

Menurut gadis tersebut menerusi salah satu posting yang dibuat di twitter miliknya,

” Saya memberitahu ibu Chanyeol yang saya mahu membangunkan kafe sendiri di Malaysia dan bertanyakan tentang pendapatny. Dia memberi idea kepada saya untuk menggunakan nama “The Brussette Cafe” kerana itu adalah salah satu nama yang dicadangkan sendiri oleh Chanyeol kepadanya sebelum nama Viva Polo.”

Beberapa hari lepas kecoh seketika apabila kafe peminat Exo bakal dibuka tidak lama lagi. Dimana, Tunggu ya!

Salma Syahbuddin