Kumpulan pemuzik berasal dari Ireland, Boyzone memilih Jakarta sebagai lokasi untuk persembahan terakhir mereka yang berlangsung malam tadi (24/3) 

Anggota Boyzone iaitu Keith Duffy, Mikey Graham, Ronan Keating, dan Shane Lynch memiliki sebab tersendiri mengapa mereka memilih kota Jakarta.

” Kami memilih Indonesia kerana sambutan diterima di kalangan peminat di sini amat luar biasa. Indonesia sangat istimewa di hati kami. Sejak tahun 1995 sewaktu kali pertama datang ke sini, kami sudah jatuh cinta dengan pengikut di sini,” kata Ronan dalam temubual bersama Kompas.com. 

Tambah Ronan, mereka juga memiliki ramai pengikut di media sosial yang terdiri di kalangan rakyat Indonesia. 

Boyband yang dibentuk pada tahun 1993 ini turut membawakan belasan lagu hits mereka di konsert itu. 

Lebih istimewa, penyanyi terkenal Indonesia Isyana Sarasvati tampil membuat persembahan. 

Tahun lalu, Boyzone membuat kejutan apabila mengumumkan untuk membubarkan kumpulan itu selepas 25 tahun bersama. Lepasni kita layan lagu No Matter What di platform digital saja lah ya? No more concert! 

SGMS Faida