Categories: Trending

Perang Telefon Pintar Huawai Dan Apple, Apa Nasib Syarikat Huawei?

Satu negara digemparkan apabila berita dan laporan dikeluarkan yang menyatakan Donald Trump telah menyenarai hitamkan Huawei Technologies Co Ltd dari China untuk menjalankan perniagaan bersama Amerika Syarikat.  Menurut laporan yang dikeluarkan, telefon pintar jenama Huawei dilarang memasuki pasaran AS.

Berikutan tindakan tersebut, syarikat antarabangsa terkemuka iaitu Google dan beberapa syarikat peranti lain seperti   Intel Corp, Qualcomm Inc, Xilinx Inc dan Broadcom Inc serta merta menghentikan  bekalan ke atas Huawei. 

Dipercayai motif di sebalik tindakan itu adalah kerana Amerika Syarikat percaya bahawa telefon pintar Huawei dari negara China dapat mengintip kegiatan yang berlaku di AS.

Tindakan itu berlaku apabila kedua-dua ekonomi terbesar di dunia itu terbabit dalam perangan tarif yang disifatkan pegawai AS sebagai amalan perdagangan tidak adil China.

Walaubagaimanapun, dalam suatu kenyataan yang dimuatnaik di Twitter, Pihak Android berkata pihaknya akur dengan undang-undang Amerika Syarikat namun menjamin pengguna bahawa aplikasi seperti Google Play dan Google Play Protect masih berfungsi di aplikasi telefon pintar pengguna.

sumber:https://twitter.com/Android/status/1130313848332988421?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Etweet

Tindakan itu turut mengundang kenyataan daripada pelbagai sumber yang menyatakan Syarikat Apple terancam dengan kedudukan Huawei sebagai telefon pintar kedua terbesar di dunia. 

Namun begitu, syarikat Huawei dijangka bakal memperkenalkan sistem peranti tersendiri sekiranya Android bertindak menghentikan kesemua sistem peranti dan aplikasi buat pengguna Huawei. 

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”