Categories: Trending

Percubaan Vaksin Covid-19 Yang Ditunggu Seluruh Dunia Ditangguh, Sukarelawan Berdepan Reaksi Buruk

Percubaan vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca yang kini berada dalam fasa ketiga terpaksa ditangguh.

Sukarelawan alami reaksi serius

Penagguhan ini terpaksa dilakukan selepas seorang sukarelawan di United Kingdom dilaporkan menunjukkan reaksi buruk.

Kejadian ini disyaki berlaku selepas beliau menunjukkan reaksi terhadap vaksin atau ubat-ubatan yang mengancam nyawa dan memerlukan beliau dimasukkan ke hospital.

Namun, sifat sebenar reaksi tersebut masih tidak dapat dijelaskan. Tetapi, Stat News melaporkan bahawa keadaan individu terbabit dijangka akan pulih sepenuhnya.

Vaksin Utama buat seluruh dunia

Vaksin yang sedang diuji oleh AstraZeneca ini dianggap oleh banyak pihak termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai vaksin utama di seluruh dunia.

Menurut Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancook, pihaknya berharap agar vaksin tersebut dapat digunakan dalam beberapa bulan pertama pada tahun 2021 nanti.

Vaksin tersebut berada diperingkat terakhir ujian

Vaksin yang dibangunkan oleh AstraZeneca yang dikenali sebagai AZD1222 kini telahpun berada diperingkat akhir sebelum datakeselamatan dan keberkesanannya diserahkan kepada pengawal selia untuk persetujuan AS dan seluruh dunia.

Sumber : Stat News

Salma Syahbuddin