Categories: Trending

Selalu Sangat Bahan Suami, Sekali Diri Sendiri Terkena – Ain Edruce

Gelagat Pengacara program nyanyian yang membariskan artis popular tanah air ini akhirnya memakan diri sendiri apabila video berdurasi 17 saat itu telahpun di tonton sebanyak 33, 636k menerusi instagram TV3 Malaysia dan 21.6k tontonan menerusi twitter.

Kalau sebelum ini Ain dilihat mengenakan suaminya ketika majlis perkahwinan Mira Filzah, kali ini diri beliau pula menjadi ‘bahan’ lawak apabila dilihat melakukan extra aksi ketika program Immortal Song bersiaran.

Aksi selamba Ain Edruce disenangi

Bagaimanapun, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Ain yang begitu bersahaja dan gila-gila.

Namun, terdapat sesetengah netizen berpendapat bahawa dengan kehadiran Ain sebagai pengacara dalam rancangan nyanyian Immortal Song ini dapat memeriahkan lagi industri pengacaraan dengan menampilkan muka-muka baharu yang lebih fresh dengan gaya tersendiri.

Ain Edruce vs Kak Lina Pom Pom

Bagaimanapun, ada yang sempat membandingkan beliau dengan Kak Lina Pom Pom memandangkan kedua-duanya lebih bersahaja dan ‘gila-gila’ ketika berada diatas pentas.

Apapun, kedua-duanya dilihat begitu ‘dekat’ dengan penonton dengan lawak-lawak bersahaja dan gelagat yang pastinya buat korang berdekah kat rumah kan?

Jadi apa tunggu lagi, saksikan lebih banyak lagi bloopers menarik sepanjang Immortal Song bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau korang boleh saksikan menerusi platform digital rasmi YOUTUBE TV3 Official Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Salma Syahbuddin