Categories: Trending

Pian Cecupak Meninggal Dunia

Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman, 52, meninggal dunia selepas ditemui terjatuh dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi.

Menurut adiknya yang dikenali sebagai Hassenah, arwah Pian ditemui oleh ibu mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air sekitar jam 8 malam.

“Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran persembahan esok, tapi kami tidak pasti lokasinya.

“Proses pengkebumian juga belum dapat dipastikan dimana buat masa ini dan hanya akan diketahui esok.

“Buat masa ini jenazahnya masih di rumah emak dan selepas ini akan ditempatkan di surau di sini,” katanya menurut laporan Harian Metro. 

Terdahulu, Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.

Ahli kumpulan lawak Cecupak itu kerap berhadapan dengan masalah semput serta sering menerima rawatan doktor.

Kemudiannya, Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung.

Pian pernah mendirikan rumah tangga dan bercerai dengan bekas isteri pada 2000.

Menerusi perkahwinan terbabiy, Pian dikurniakan dua puteri iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin. 

Sumber: Harian Metro

Padin