Categories: Trending

PKP 2.0: SOP Akad Nikah JAIS & JAWI Buat Bakal Pengantin

Berikutan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan hari ini, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan garis panduan ataupun SOP majlis akad nikah buat bakal pengantin. 

SOP Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI)


1. Pelaksanaan Majlis Akad Nikah dalam tempoh PKP dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dijalankan di JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan sahaja

2. Pihak yang terlibat hendaklah membuat janji temu dengan JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.

3. Semua Kebenaran Berkahwin yang telah diberikan kepada pengantin yang ingin berkahwin dari luar Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah ditangguhkan berkuatkuasa serta merta. 

4. Semua permohonan Kebenaran Berkahwin dari luar Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah ditangguhkan berkuatkuasa serta merta.

SOP Jabatan Agama Islam (JAIS) 


1. Pelaksanaan majlis akad nikah adalah secara virtual ataupun sidang video sahaja sepanjang tempoh PKP.

2. Majlis akad nikah hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan tarikh temu janji daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

3. Pelaksanaan majlis akad nikah akan dilakukan oleh Pendaftar yang akan berada di PAID, manakala pengantin, wali dan 2 orang saksi berada di rumah.

Layari laman web rasmi JAIS & JAWI untuk maklumat lanjut. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”