Categories: Trending

Kawal Kes Covid-19 Dalam Tempoh 12 Minggu, KKM Jangka Kes Melandai Menjelang Mei 2021

Semasa sidang media harian pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jangkaan untuk melandaikan kes Covid-19 pada bulan Mei depan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah terlalu awal untuk meletakkan unjuran dan jangkaan itu kerana ia bergantung kepada tahap kepatuhan masyarakat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dr Noor Hisham juga menjelaskan pihak KKM meletakkan 12 minggu bagi mengawal semula kedudukan kes Covid-19 di negara ini.

Bagaimanapun, pelaksanaan PKP bagi tempoh dua minggu ini akan diteliti dan perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa kes Covid-19 di dalam negara.

Salma Syahbuddin