Trending By: Attiqah Mohd May 19, 2020 @ 10:47am

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Hakikat dan realiti ‘norma’ baru..

Umum mengetahui semenjak bermulanya PKP, seluruh sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup. Hal ini sebenarnya menjadi satu cabaran buat para pendidik dan para pelajar meneruskan sesi pembelajaran.

Namun, kelebihan teknologi hari ini membantu kita untuk menyesuaikan diri dengan norma baru ini. Aplikasi Webex, Zoom, Google Meet menjadi platform buat pensyarah dan penuntut universiti berinteraksi.

“Untuk semester ini, saya mengambil enam subjek. Disebabkan PKP, jadi tiada peperiksaan akhir, hanya ujian atas talian seperti biasa”

“Ada beberapa pelajar yang lebih menyukai rakaman video tetapi saya lebih selesa dengan kelas secara langsung (live streaming), senang untuk berinteraksi dengan pensyarah dan lebih mudah fokus untuk bertanyakan soalan” ujar Karismah Wati yang merupakan seorang penuntut di Universiti Teknologi Malaysia, dalam bidang Pengurusan (Teknologi).

Pensyarah hanya buat kelas selama 2 jam

DI UTM sendiri, kebanyakan kelas online hanya mengambil masa dua jam, lebih singkat tempohnya daripada kelas biasa yang mengambil masa tiga jam.

Pensyarah harus bijak menghadkan masa kelas dan mengambil kira capaian internet penuntut universiti. Ada yang berada di sekitar kampus, ada yang berada di kampung halaman yang mempunyai masalah dengan capaian internet.

Kredit: UTM

Dalam situasi ini, jaringan internet merupakan salah satu kekangan dan cabaran tetapi apa yang lebih penting adalah kehendak pelajar sendiri untuk belajar dan inisiatif yang disediakan oleh pihak universiti untuk terus menyediakan platform pembelajaran terbaik.

Kita harus menerima hakikat dan realiti norma baru ini, pembelajaran maya bukan lagi dilihat sebagai satu pilihan sebaliknya menjadi keperluan apabila berdepan dengan pandemik COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022

Rebecca Nur Al Islam Berkemungkinan Terpaksa Gugurkan Kandungan Anak Keenam

Allahu kenapa pula tu? Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Berseri Pakai Busana Serba Putih, Majlis Sanding Mizz Nina & Suami Di KL Penuh Intimate!

Sweetnyaaaa 🥰🥰 Manis senyuman Mizz Nina terpancar kebahagiaannya dengan suami, Essam Muhammad 🥰