Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2023 @ 3:30pm

Aniq Suhair Mohon Peminat Padam Foto Berseluar Pendek, Minta Doakan Istiqamah – “Moga Allah Lindungi Aurat & Aib Kita”

Pelakon Aniq Suhair meminta peminat dan orang ramai supaya memadam foto miliknya berseluar pendek dan tidak menutup aurat.

Menurutnya, dia tidak mahu dosanya mengalir setiap kali foto tersebut menjadi tontonan khalayak memandangkan dia kini dalam fasa memperbaiki diri.

“Assalamualaikum semua, saya nak minta kerjasama kepada sesiapa yang upload gambar atau video saya berseluar pendek. Mohon delete,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan Aniq menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya baru-baru ini.

Selain itu, memetik laporan Harian Metro, Aniq berkongsi, bahawa dia mula terdetik untuk memperbaiki diri selepas menjalani penggambaran drama terbaharunya yang akan ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia berjudul Cinta Bersemi Di Wadi  Safiyyah.

“Saya dalam fasa perbaiki diri mana yang dosa-dosa kecil tu saya nak elakkan. Sedar tak sedar sebenarnya kita hampir di penghujung dah sebenarnya.

“Mana yang boleh perbaiki kita perbaiki. Mana yang teruk kita tinggalkan, mana yang baik kita teruskan. Sebenarnya saya sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaru di slot Akasia TV3, cerita tentang keagamaan di antara manusia dan Tuhan.

“Proses penggambaran itu secara tidak langsung membuka mata saya untuk terus berubah ke arah yang lebih baik,” jelasnya.

Malah, Aniq atau nama penuhnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 22, juga berharap agar peminat mendoakan  agar dirinya terus istiqamah dalam perjalanan memperbaiki diri menjadi manusia lebih baik.

“Semoga semua dapat doa untuk Aniq terus istiqamah inshaa-Allah,” ujarnya.

 

 

Sumber: Instagram, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Mar 2025
Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Trending Wed, 27 Feb 2019

Pelanggan gunting beg Louis Viutton gara-gara berang dengan petugas butik itu. 

Jangan pandang pelanggan berselipar tak ada duit! Awas ya!

Featured Fri, 29 May 2020

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Punca lonjakan jumlah kes harian positif COVID-19

Trending Tue, 25 Dec 2018

Wanita Ini Keguguran 4 Kali Akibat Didera Oleh Suaminya Yang Curang Selama 43 Tahun

Kalau anda mangsanya, anda sanggup tak biarkan saja kerana cinta?

Featured Thu, 19 Oct 2023

Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

Moga urusan Tokti dan saudara kita di bumi Palestin dipermudahkan❤️❤️❤️

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

Raihan, Alif Satar Siap Sedia Tawan Dua Lokasi September Ini

Raihan menjelajah lagi. Kali ini kemana agaknya?

error: Content is protected !!