Categories: Trending

PKPD Bermula, Semua Institusi Pendidikan Dan Masjid Di Kota Setar, Kedah Ditutup

Menerusi sidang media PKPP yang diadakan di Putrajaya hari ini, Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatakan di Kota Setar, Kedah kini bermula.

Dalam ucapannya, Menteri Kanan berkata semua masjid dan institusi pendidikan di daerah Kota Setar, Kedah kini ditutup.

Farmasi, kedai runcit, stesen minyak dan kedai menjual ubatan hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 8 malam sahaja.

Malah, kesemua restoran juga hanya dibenarkan untuk servis penghantaran sahaja.

Dalam pada itu PKPD di Amanjaya Kedah dilanjutkan selama tiga hari.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”