Categories: Trending

PKPD Di 2 Lagi Lokasi Berkuatkuasa Jumaat Ini

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokasi selama 14 hari berkuatkuasa Jumaat ini hingga 10 Disember depan.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  memaklumkan, selain kawasan taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim di Kedah, PKPD akan turut dikuatkuasakan di Taman Telipok Ria di Tuaran, Sabah.

50 kes positif Covid-19 direkodkan

Hasil ujian saringan secara bersasar yang dijalankan oleh KKM terhadap Mukim Sungai Seluang, sebanyak 50 kes positif Covid-19 direkodkan.

Justeru itu, pihak MKN bersetuju melaksanakan PKPD di taman-taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim selama 14 hari bermula 27 November hingga 10 Disember ini.

“Pelaksanaan PKPD ini membabitkan 1,412 rumah dengan anggaran 6,000 penduduk memmbabitkan Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1 dan 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau,” katanya.

PKPD di Taman Telipok Ria di Tuaran, Sabah juga dilaksanakan susulan kes yang direkodkan agak tinggi iaitu sebanyak 253 kes positif.

PKPD ditamatkan di lokasi ini

Tambahnya lagi, kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah pada 26 November2020 sebagaimana yang dijadualkan.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi Covid-19 di lokaliti-lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal,” 

Untuk maklumat lanjut mengenai laporan semasa Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, jangan lupa saksikan Buletin Utama, TV3.

Sumber : BH Online

Salma Syahbuddin