Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa, pihaknya akan menghentikan penerimaan bayaran cukai menggunakan cek menerusi kiriman pos ATAU kurier berkuatkuasa 1 Januari 2021.
Tindakan LHDN ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan medium bayaran secara online.
Bagaimanapun, pemberhentian ini TIDAK terpakai kepada bayaran yang dibuat untuk :
Justeru itu, bermula tarikh tersebut pembayar cukai atau wakil boleh membuat bayaran cukai melalui ByrHasil iaitu melalui kemudahan ezHasil di portal rasmi LHDN ini www.hasil.gov.my
Selain itu, bayaran juga boleh dibuat menerusi kaunter bank, kaunter bayaran di pusat LHDN berdekatan, ATAU menerusi portal perbankan internet bank yang dilantik sebagai ejen kutipan.
Bagi mengelakkan kenaikan lewat bayar dikenakan, pembayar cukai atau wakil cukai hendaklah memastikan ketetapan baharu ini dipatuhi
Manakala, untuk sebarang pembayaran cukai menggunakan cek melalui mel atau kurier hendaklah disempurnakan sebelum 1 Januari 2021.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi, Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat DAN melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?