Categories: Trending

Wow! Cik B Trending Di Twitter, Siap ‘Bahasakan’ Netizen Lagi

Siapa sangka sejak akhir-akhir ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B semakin hangat diperkatakan. Malah, Cik B kini trending di Twitter.

Sumber : Twitter

Berkongsi beberapa gambar bersama pelakon, Aniq Suhair di media sosial, netizen nampaknya ada yang kurang senang dengan drama Lelaki Lingkungan Cinta lakonan Cik B.

Ini kerana, segelintir netizen berpendapat drama ini dianggap menggalakkan perkahwinan bawah umur dan ianya tidak sesuai untuk ditayangkan. Memandangkan negara di seluruh dunia kini sedang melawan pedofilia dan child grooming.

Sumber : Instagram @cikb_havoc66

“Pastu yang korang kecam Cik B boleh pula…”

Ramai yang mempertikaikan dan beranggapan remaja seusia Cik B tidak seharusnya diberikan watak sebegitu sehingga boleh mencetuskan isu sensitif dan kontroversi.

Cik B kata “Chill

Mungkin bosan dan muak dengan pelbagai reaksi yang diterima dari netizen, Cik B dilihat sempat memuat naik ciapan baharu seolah-olah mahu ‘lari’ dari isu tersebut.

Perkongsian ini juga telah diulang kicau sebanyak 2,800 kali dan 14,000 tanda suka sejak ianya dimuat naik.

Apapun, netizen tidak menyalahkan Cik B mahupun pelakon lain yang terlibat seratus peratus kerana mereka hanya diambil sebagai pelakon. Namun, pihak produksi diminta agar lebih peka terhadap isu ini pada masa hadapan.

Salma Syahbuddin