Categories: Trending

Ramai Setuju Dengan Kenyataan “Experience Doesn’t Pay The Bills”, Syed Saddiq Tambat Hati Golongan Muda

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyeru kepada semua syarikat yang mengambil pelajar untuk latihan industri diperuntukkan bayaran untuk setiap bulan. Dan kadar bayaran yang dicadangkan kepada sesebuah syarikat adalah bermula dari RM300 hingga RM400. 

Ini kerana, ia meliputi kos pengangkutan, dan makan minum golongan interns yang terpaksa berulang-alik demi melengkapkan tugasan mereka.

“Saya menyangkal mereka yang berkata interns tidak perlu dibayar kerana pengalaman bekerja sudah mencukupi. Experience Doesn’t Pay The Bills!

“Bayangkan nasib anak muda yang datang dari kawasan pedalaman dan dapat peluang syarikat yang berprestij di bandar.tetapi kerana tidak berbayar akhirnya terpaksa melepaskan peluang ini.

“Siapa yang akan menampung kos makan dan pengangkutan mereka? Bagaimana mereka nak sara hidup jika tidak dibayar langsung? 

 

Malah, Syed Saddiq berharap agar keputusan segera dilakukan bagi melaksanakan #PaidInternship ini.

” Bayaran permulaan untuk mereka yang lakukan latihan industri dalam RM300-RM400″

“Kalau ada kementerian / agensi yang gagal bayar interns, tolong maklumkan kepada saya. #YouthPower” tulisnya.

Dan, rata-rata followers beliau memberikan pandangan yang positif dan memuji  keputusan yang dibuat oleh Syed Saddiq ini.

Salma Syahbuddin

Recent Posts