Categories: EventsLIFESTYLE

Rahsia Nak Dapatkan Bulu Mata Menawan, Di Mana Lokasi Paling Sesuai?

Meskipun baru tiga tahun menambat hati ramai peminat dunia kecantikan rambut dan bulu mata, salon The Hair TRIC & Lashility melangkah setapak lagi dengan pembukaan sebuah lagi cawangan terbaharunya di pusat beli belah My Town, Kuala Lumpur.

Lebih trendy, luas lebih selesa, premis terkenal ini bakal menarik lebih ramai pelanggan yang mahukan penampilan bak bintang Instagram terkenal.

Manakan tidak, premis berkeluasan 2,500 kaki persegi ini menampilkan barisan pakar dalam kecantikan rambut dan bulu mata yang boleh ditemui tujuh hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Bukan sahaja kerana harganya yang berpatutan, malahan juga The Hair TRIC Lashility menggunakan produk berkualiti tinggi dari luar negara seperti Amerika Syarikat untuk produk rambut palsu tambahan dan Taiwan bagi bulu mata palsu.

Pengasas The Hair TRIC & Lashility, Tim Low berkata dia sentiasa mahu memberikan kemahiran kreatif, perkhidmatan terbaik dan harga paling berpatutan buat setiap pelanggan yang datang.

“Bagi saya, setiap daripada kita berhak mendapatkan gaya rambut terbaik sesuai dengan diri mereka dan sepasang mata yang menawan dari pagi hingga ke malam.

“Untuk itu, semua jurugaya rambut dan juruteknik bulu mata yang ada di salon kami mempunyai pengalaman profesional,” katanya.

Sementara itu, Tim memberitahu harga bayaran adalah mampu milik malah jika ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat di sini adalah Nadia Brian, Naddy Rahman, Andika Putera, Julene Khor, Fiqrie Isme, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah mewarna rambut, rawatan keratin, rawatan kulit kepala dan penyambungan rambut.

Khusus buat setiap pelanggan, setiap bulan pada tanggal 31 haribulan, potongan harga sebanyak 30% diberikan kepada individu yang ingin mendapatkan perkhidmatan rambut dan bulu mata.

SGMS Faida