Categories: Trending

Rentas Negeri Tidak Dibenarkan, PKP di 6 Negeri Ini Bermula 13 Januari

Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan rasminya hari ini  memaklumkan tiga bahagian Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan di seluruh negara. 

Perintah Kawalan Pergerakan akan berkuatkuasa ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajay, Labuan) , Melaka, Johor, Sabah bermula 13 Januari sehingga 26 Januari.

Manakala,  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuatkasa ke atas negeri-negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah. Bagi negeri Perlis dan Sarawak pula akan dilaksanakan PKPP.

Dalam pada itu, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara, manakala rentas daerah tidak dibenarkan di kawasan PKP. 

Arahan berkerja dari rumah akan berkuatkuasa, justeru, hanya tiga puluh peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan bekerja di syarikat.

Untuk info lanjut tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”