Categories: Trending

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Oleh kerana anak sering mengadu nama ayahnya sering diejek rakan-rakan di sekolah, dia nekad menukar namanya!

Daripada Kentut ke Ihsan Hadi, seorang lelaki melakukan sujud syukur di kamar mahkamah apabila Mahkamah Negeri Tangerang, Indonesia akhirnya menunaikan permintaannya untuk menukar nama!

Lapor Jakarta Post, Hakim Elly Istianawati, membaca keputusannya, semalam.

“Alhamdulillah, mahkamah membenarkan permintaan saya untuk menukar nama, saya sangat gembira, saya akan berasa lebih yakin dan anak saya tidak akan berasa malu lagi kerana bapanya sekarang mempunyai nama yang cantik,” kata penjual mi berusia 30 tahun itu.

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya.

Menurut Ihsan, bapanya, tanpa sebab yang jelas, memutuskan untuk menamakannya Kentut ketika dia dilahirkan iaitu pada tahun 1988 di Surakarta, Jawa Tengah.

Ihsan berkata sejak dari kecil lagi dia mahu mengubah namanya tetapi tiada seorang pun di kampungnya tahu prosedur undang-undang.

SGMS Faida