Trending By: Padin February 2, 2021 @ 9:08pm

Risau Keselamatan Guru & Pelajar SPM, Achey Edar 10,000 Sanitizer

Pelawak Achey mengakui kagum dengan guru dan pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi kerana semangat kental mereka biarpun berdepan dengan pandemik COVID-19.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 35, menghulurkan sumbangan berupa 10,000 cecair pembasmi kuman kepada sekolah menengah dan tadika.

“Siapa tak gerun keluar rumah pada saat pandemik dalam tahap membimbangkan. Tiada simptom pun boleh positif COVID-19.

“Bagaimanapun, saya melihat guru tidak pernah patah semangat apabila berkunjung ke PPD Klang, baru-baru ini. Dalam keadaan risau, saya diberitahu mereka tetap menjalankan tugas dengan baik.

“Saya juga sempat berkunjung ke beberapa sekolah dan taska termasuk Sekolah Menengah Tinggi Klang. Saya lihat pihak sekolah menekankan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Saya tidak dibenarkan bertembung dengan pelajar ketika menyerahkan sumbangan.

“Paling utama, kena ada surat kebenaran menghantar cecair pembasmi kuman kerana tidak boleh memasuki sekolah sesuka hati. Saya perlu memakai pelitup wajah dan sarung tangan ketika memasuki kawasan sekolah demi keselamatan pelajar,” katanya.

Achey menjalankan usaha tanggung jawab sosial korporat (CSR) bersama syarikat pengeluar produk minyak wangi dan cecair pembasmi kuman, SugarBomb baru-baru ini.

Menjalankan tanggungjawab selaku duta, Achey bersama jenama terbabit menerusi kempen SugarBomb Care For You menyumbangkan cecair berkenaan kepada sekolah menengah dan tadika sekitar Lembah Klang, selain Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.

Turut hadir sama ialah Pengarah Urusan SugarBomb Worldwide, Ahmad Azhari Rosli dan maskot jenama terbabit, Mr. Bomb.

Tambah anggota kumpulan Bocey itu lagi, dia tidak kisah turun padang menghantar bantuan kepada sekolah pada saat pandemik menunjukkan angka yang tinggi.

“Kerja CSR ini lebih mencabar apabila dilakukan pada saat pandemik dengan penekanan norma baharu. Walaupun artis, tetap kena ikut SOP ketat.

“Saya turun padang bukan hanya kerana sebahagian kerja duta, tetapi inilah peluang saya mendekati dan mendengar luahan hati guru-guru.

“Sebagai public figure, saya perlu ada rasa tanggungjawab bagi membantu mencegah penularan COVID-19. Orang melihat petugas barisan hadapan berisiko tinggi, tetapi golongan guru juga sama.

“Kita seharusnya memberi sokongan kepada golongan sasaran tak kira siapa juga mereka. Saya percaya, kita kena jaga kita,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 21 Dec 2023
Featured Wed, 13 Sep 2023

“Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

Masuk habuk pula mata min ni 😭 Kasih sayang seorang ibu sampai syurga ❤️

Trending Wed, 2 Mar 2022

“Menjadi-Jadi Sejak Saya Berkahwin Dengan Heliza Helmi” – Datuk Seri Mahadi Dakwa Scammer Pelaburan Guna Nama, Gambar & Video

Suami kepada selebriti dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mendakwa namanya digunakan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud. Mahadi yang merupakan pengasas dan Presiden AUF MBZ mengesan pihak dan individu […]

Trending Mon, 17 Jan 2022

Tular Gambar Dengan Bekas Pramugari, Ini Jawapan Zul Ariffin – “Dia Bukan Girlfriend Saya…”

“Dia bukan teman wanita saya,” itu respons pelakon Zul Ariffin ketika ditanya mengenai sekeping foto bersama wanita yang tular sekitar Disember lalu. Menurut Zul, foto yang viral itu hanya sekadar gambar dan dia juga tidak […]

Featured Mon, 18 Mar 2024

“Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Alamak, ni dah kes lain ni bila masing-masing saling berbalas komen di media sosial 😱