Selebriti By: Atiqah Johari December 21, 2023 @ 5:45pm

Beri Penghormatan, Susan Lankester Guna Personaliti Ibu Untuk Watak Dalam Filem Rain Town – “Banyak Babak Yang Mencabar”

Bukan kali pertama memegang watak sebagai seorang ibu, namun pelakon Susan Lankester memaklumkan bahawa watak Aileen dalam filem Rain Town adalah satu penghormatan buat mendiang ibunya.

Kongsi Susan, menerusi watak Aileen tersebut dia menggunakan personaliti dan menjadikan ibunya sebagai rujukan.

“Saya tak pernah berlakon watak ibu yang macam ini. Lima tahun lalu saya kehilangan ibu saya, jadi watak Aileen adalah satu penghormatan kepada ibu saya. Banyak babak yang mencabar saya gunakan personalitinya masuk ke dalam watak ini.

“Aileen adalah seorang yang sangat kompleks, tetapi dia sangat menyayangi keluarga. Selain daripada itu, dia adalah seorang yang sanggup berkorban. Jadi, bila saya gunakan ibu saya sebagai rujukan, itu yang paling senang,” katanya.

Malah, dia juga mengakui tidak mudah untuk membawa watak ibu ini kerana perlu mengawal emosinya.

“Saya sangat sensitif jadi kadang-kadang bila berlakon saya tak boleh terlalu ikut perangai sendiri dan kena ikut watak.

“Saya cuba kawal kerana saya takut ‘over do’ untuk karakter ini,” kongsinya ketika ditemui XTRA pada sidang media filem Rain Town pada Isnin.

Dalam pada itu, Susan turut menzahirkan rasa gembira apabila filem Rain Town ini mengetengahkan bahasa Kantonis yang kini makin ditinggalkan.

“Satu pengalaman yang sangat seronok apabila dapat menggunakan bahasa Kantonis tetapi saya berasa sedikit tertekan sebab perlu ikut skrip untuk elak tersalah sebutan. Pengarah juga ada seorang pembantu yang turut menolong kami dari segi bahasa.

“Saya sangat bangga apabila filem ini banyak menggunakan bahasa Kantonis. Jadi Rain Town akan hidupkan balik bahasa Kantonis,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Rain Town merupakan sebuah filem arahan pengarah Tunku Mona Riza yang mengangkat tema kekeluargaan yang dibintangi oleh Chew Kin Wah, Wilson Lee, Pauline Tan dan Fabian Loo.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula 8 Februari 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

‘Who Wore It Better?’ Jadi Topik Hangat Di Twitter

Menerusi laman Instastory milik Fazura, pelakon jelita ini menulis ‘Mine Pleaseee?!!!’ pada gambar yang memaparkan model sedang berjalan dengan rekaan baju bermanik mewah itu.

Trending Sat, 26 Dec 2020
Selebriti Sat, 7 Oct 2023
Drama Thu, 25 Aug 2022
Trending Sat, 28 Dec 2019

Gred Peperiksaan Di Korea, Markah 70 Dah Gagal?

Adakah ini diantara sebab kenapa mempunyai jumlah kes bunuh diri tertinggi di dunia?

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Ella Masih Memukau, Bukti Konsert Ella Unplagged In Kuala Lumpur Dapat Standing Ovation

Standing Ovation buat Ella dan semua krew terlibat dalam menjayakan Konsert Ella Unplugged!