Categories: Trending

Akhirnya Rosmah Ke Lokap SPRM?

Datin Rosmah Mansor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok selepas ditahan ketika memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3.20 petang tadi. 

SPRM memberitahu bahawa, penahanan beliau dibuat berhubung siasatan pengubahan wang haram selepas mendapat izin pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Sususlan itu, Rosmah akan mengahadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, jam  8 pagi esok untuk tuduhan berkenaan.” Katanya

Terdahulu, Rosmah tiba di bangunan ibu pejabat SPRM pada jam 10.42 pagi bagi meberikan keterangan. Dan beliau dilihat memasuki perkarangan SPRM dengan menaiki Proton Perdana diiringi sebuah lagi kenderaan. 

Pada 26 September lalu, Rosmah memberikan ketrenagn hampir 13 jam kepada SPRM. 

Tindakan memanggil beliau adalah bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung  lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram.

Salma Syahbuddin