Categories: Trending

Sabarlah Duhai Hati & Cukup Derita Itu Eksklusif di iQiyi Bulan Ramadan Ini

Drama bersiri Sabarlah Duhai Hati dan Cukup
Derita Itu telah menyertai senarai drama-drama ternama hasil daripada perjanjian perkongsian kandungan drama yang dipersetujui di antara pengeluar dan pengedar kandungan terbesar di Malaysia, Primeworks Studio dan sebuah perkhidmatan penstriman video terkenal, iQiyi.

Sabarlah Duhai Hati merupakan sebuah drama bersiri 35 episod yang diadaptasikan dari
sebuah novel.

Drama romantik yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli ini akan bermula tayangan pada 28 April sehingga 1 Jun 2021, jam 7 malam di slot Akasia Raya.

Cukup Derita Itu merupakan drama terkenal yang juga diadaptasikan dari sebuah novel dan dibintangi oleh Hisyam Hamid, Cha Cha Maembong dan Ruhainies. Drama 40 episod ini akan membuka tirai di slot Samarinda Raya bermula pada 6 Mei sehingga 14 Julai, 2021 pada jam 10 malam.

Jangan lupa untuk menonton kedua-dua drama ini menerusi perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas 1 jam tayangan di syarikat televisyen milik Media Prima, TV3.

Setelah tersedia, kedua-dua drama ini boleh distrim secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada di platform penstriman iQiyi www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQiyi, pada hari yang sama ia bersiaran di seluruh negara di saluran televisyen milik Media Prima, TV3.

Sari kata turut disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Sabarlah Duhai Hati yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 24 jam selepas tayangan di TV3.

Padin