Trending By: Padin October 16, 2021 @ 8:55pm

Sangeeta Krishnasamy & Bront Palarae Bakal Bergabung Dalam I Am Vash

Pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy dan Bront Palarae bakal bergabung dalam sebuah naskhah berjudul I Am Vash.

Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai polis wanita yang sentiasa menghadapi tekanan masyarakat dan politik sambil cuba menyelesaikan kes terbesar sepanjang kerjayanya. Kes itu membabitkan ketua geng penjenayah yang membuat onar di seluruh negara untuk memenuhi impiannya menguasai dunia kongsi gelap Asia Tenggara.

108 Media, sebuah syarikat penjana kewangan kandungan dan pengurusan hak media yang tertumpu kepada pasaran baru, telah menyenaraikan syarikat penerbitan premium naungan Zainir Aminullah, Revolution Media sebagai penerbit bersama untuk siri aksi-jenayah asli yang bakal diterbitkan sebanyak lapan episod ini.

Projek yang diketuai oleh pengarah Adrian Teh ini akan memulakan penggambaran pada Mei 2022 dan siap untuk tontonan pada tahun 2023.

Selepas berjaya mencetus fenomena baharu dalam industri serantau lewat filem-filem komersial luar biasa seperti The Wedding Diary, Paskal dan Wira, sutradaranya Adrian Teh bersemangat dengan latar belakang unik projek ini.

“Watak utama diterajui kaum minoriti dengan premis zaman retro berserta aksi? Ini sesuatu yang sangat mencabar buat saya sebagai seorang pengarah. Sudah tentu saya mahu turut serta!“ kata Adrian.

Pelakon utama Sangeeta Krishnasamy yang bakal memegang watak utama iaitu Vash sangat teruja kerana dapat terbabit projek ini.

“Saya sangat ‘excited’ untuk menyertai projek yang tertumpu pada satu zaman di mana sistem kehakiman jenayah tempatan menghadapi cabaran-cabaran terbesar dan kisah terkenal dalam sejarah negara, dan saya lebih gembira bahawa ia dinaungi seorang protagonis wanita. Ini meraikan tempat wanita dalam pasukan berseragam,” katanya.

Bront Palarae, salah seorang pelakon terbaik dan paling banyak menerima anugerah di Asia Tenggara menyertai senarai pelakon dan menghulurkan pengalamannya kepada pihak penerbitan.

“Saya sangat teruja untuk beraksi dalam I AM VASH, sambil menghidupkan kisah-kisah sahih serta watak-watak Asia Tenggara buat tontonan dunia. Apatah lagi diberi peluang bekerjasama dengan pasukan ini, saya yakin kami akan menjadikannya satu pengalaman luar biasa,” katanya.

Projek ini akan diketuai dan diterbitkan oleh para penerbit eksekutif seperti Justin Deimen, Abhi Rastogi, serta Micah Tadena (108 Media) bersama Zainir Aminullah di samping Anne Low (Revolution Media). Turut serta adalah pasukan penerbitan dan kreatif yang menjangkaui rantau Asia Tenggara dan Los Angeles, terdiri daripada David Chang, Choong Chi-Ren, Tony Pietra Arjuna, Justin Wong, Shern Chong dan Leon Tan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Nov 2021

Gadis Tetap Gembira Walaupun Hanya Tunang Secara Ringkas & Santai Di Restoran

Kisah romantik seorang lelaki yang melamar teman wanitanya di sebuah restoran pernah tular di laman TikTok pada bulan lalu. @aidilriza_ Dulu lapar tapi sekarang dah kenyang. Dulu takde drip tapi sekarang berenang, dulu single, sekarang […]

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Penyanyi Baharu Syabil Dapat Inspirasi Menerusi Lagu Justin Bieber

Muncul dengan single berjudul L.O.V.E, penyanyi baharu, Syabil menjelaskan idea lagu terbabit terinspirasi daripada lagu penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber. Bagi pemilik nama Syabil Zulkufli ini, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur dan […]

Featured Sat, 30 Oct 2021
Featured Thu, 5 Aug 2021

“Comelnya, Mirip Ayahanda”- Sambut Ulang Tahun Ke -10, Foto Terkini Raja Nazira Safya Jadi Perhatian Ramai

Telatah anakanda kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim sentiasa mencuit hati ramai netizen. Baru baru ini, Raja Nazira Safya telah menyambat ulang tahun kelahirannya yang kini mencecah usia 10 tahun. Bersempena […]

Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Sat, 3 Dec 2022