Categories: Trending

“Saya Cuba Rahsiakan Benda Tu..” – Indah Kongsi Pengalaman Paling Digeruni Di Vokal Mania

Pentas akhir vokal mania bakal berlangsung malam ini.

Pastinya persembahan yang dinantikan ramai adalah persembahan daripada Idol dan penyanyi, Indah Ruhaila. 

Ketika dihubungi Xtra, Indah sempat berkongsi mengenai pengalaman yang paling digeruni sepanjang menyertai Vokal Mania.

“Saya pernah ada masalah kesihatan . Jadi, saya cuba rahsiakan perkara itu sebab saya tak nak menjadikan perkara itu sebagai satu alasan untuk memberitahu orang ramai”, jelasnya. 

“Saya pernah ada back problem, jadi saya takut sekiranya ia menjejaskan performance saya”.

Indah turut berkongsi mengenai pemilihan lagu pada malam ini yang berdasarkan kisah hidupnya dan perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.

Apapun, Kami di Xtra mendoakan semoga Indah dapat melakukan persembahan yang baik dan diberi kesihatan berpanjangan.

Jaga diri ye Indah!

Korang mesti dah tak sabar nak tengok persembahan Indah. Jangan lupa saksikan pentas akhir Vokal Mania malam ini, jam 9 malam hanya di TV3. 

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

Layari www.xtra.com.my serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”