Categories: Trending

Vokal Mania: Aina Abdul Bergelar Juara Idol, Aisha Retno Jadi Juara Rookie

Selepas sembilan minggu bersiaran, Vokal Mania berakhir sebentar tadi dan menobatkan Aina Abdul sebagai juara idol bersama Aisha Retno sebagai juara rookie.

Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi Vokal Mania dan Aisha pula meraih hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi Vokal Mania.

Aina menewaskan tiga idol lain iaitu Tomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila manakala Aisha pula mengatasi tiga rookie lain iaitu Alif Kadim, Danial Chuer dan  Eranzz Lambert.

Semua finalis rookie dan idol membuat sebuah persembahan solo dan battle seperti minggu-minggu sebelum ini.

Untuk memeriahkan malam akhir, rookie juga bertarung sesama meraka dalam segmen battle.

Pada konsert akhir Vokal Mania, semua persembahan rookie dan idol dinilai oleh juri tetap Misha Omar dan Yusry Abdul Halim serta Adibah Noor sebagai juri jemputan.

Juri memberi 70 peratus daripada markah keseleruhuan, sementara baki 30 peratus markah mereka diperoleh daripada undian penonton melalui www.xtra.com.my/vokalmania.

Menariknya, konsert akhir Vokal Mania menampilkan sesuatu yang berbeza iaitu pemenang pusingan ‘battle’ rookie menentang idol merampas 30 peratus daripada jumlah undian pihak lawannya untuk ditambah ke jumlah pemarkahan mereka.

Bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Vokal Mania diacarakan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz.

Padin