Categories: Trending

“Semua Rookie Beri Cabaran Kuat, Saya Pula Masih…” – Aisha Retno Tak Sangka Dapat Raih Gelaran Juara Rookie Vokal Mania

Penyanyi Aisha Retno mengakui semua rookie yang melangkah ke pentas akhir Vokal Mania adalah pencabar terbesar untuk dirinya.

Merangkul gelaran juara rookie di pentas akhir Vokal Mania yang melabuhkan tirai malam tadi, Aisha menewaskan Eranzz Lambert, Danial Chuer dan Alif Kadim.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Aina Abdul Bergelar Juara Idol, Aisha Retno Jadi Juara Rookie

“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Bagi saya, semua yang melangkah ke pentas akhir adalah juara, mereka adalah pencabar saya.

“Semuanya mempunyai vokal dan persembahan mantap, sedangkan saya baru sahaja belajar dan banyak perkara harus diperbaiki,” katanya kepada Xtra.

Tambah Aisha, dia rasa bersyukur kerana diberikan rezeki untuk bergelar juara dan menewaskan rookie kegemaran ramai seperti Danial Chuer.

“Saya anggap ini rezeki. Seperti contoh, saya dan Danial, dia merupakan seorang rookie kegemaran ramai penonton.

“Kami berkawan baik di luar dan bersaing secara sihat. Bagi saya, semua dah berikan yang terbaik dan apa yang penting, kita menghiburkan penonton di rumah,” katanya lagi.

Selepas berjaya dinobatkan sebagai juara, Aisha meraih hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi Vokal Mania.

Padin