Categories: FeaturedTrending

“Saya Dengan Seikhlas Hati… ” – Permohonan Maaf Neelofa Secara Terbuka Isu Langgar SOP

Setelah kontroversi pelanggaran SOP melibatkan isu perkahwinan dan rentas negeri yang tular di media sosial, selebriti terkenal, Noor Neelofa hari ini tampil mengemukakan permohonan maaf kepada orang ramai.

Menerusi kiriman video yang di hantar kepada pihak media, Neelofa tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf secara terbuka.

“Saya dengan seikhlas hatinya memohon maaf atas kesalahan SOP yang dalam pengetahuan saya, mahupun di luar pengetahuan saya.

“Saya ingin memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti
tentang hal ini, ada banyak perkara terlepas pandang dan sepatutnya memberi contoh lebih baik mengenai hal itu,” katanya dalam video tersebut.

Neelofa turut memaklumkan dia dan suaminya, PU Riz telah hadir ke balai polis daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa mengenai isu pelanggaran SOP di majlis perkahwinannya Mac lalu.

Dalam pada itu, Neelofa kini tampil dengan pelancaran terbaru kolaborasi jenama fesyen Noor dan sandal Flipper.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”