Categories: Trending

Sebagai Tanda Persahabatan, PM Singapura Ucap Selamat Hari Raya Buat Malaysia

Sebagai tanda persahabatan, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, memberi ucapan raya bukan sahaja buat pemimpin Malaysia, malah Singapura dan juga Brunei.

Ucapan Menerusi Panggilan Telefon

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Hsien Loong menyampaikan ucapan itu menerusi panggilan telefon kepada rakan sejawat daripada Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Beliau juga mahu bekerjasama dengan mereka untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan penduduk dalam tempoh pandemik COVID-19, dan meneruskan serta memperluas bidang kerjasama sehingga wabak COVID-19 berjaya dikawal.

Semoga hubungan antara jiran republik ini sentiasa kukuh untuk kebaikan dan kepentingan semua.

Salam Lebaran buat semua!

Kredit: Berita Harian

Syafiqa Irdina