Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 2, 2021 @ 9:48pm

“Sebelum Ini Pernah Ada Anxiety…” – Baby Baru On The Way, Siti Sarah Kembali Hamil Selepas….

Selepas enam tahun melahirkan anak ketiga, penyanyi Siti Sarah berkongsi cerita gembira mengenai kehamilan yang keempat.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini mendedahkan khabar terbabit menerusi salah sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, permata nombor empat bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru on the way! Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah dan @shuibsepahtu.

“Okay, jujur Sarah betul tak sangka, lepas enam tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang,” tulis Sarah.

Pelantun lagu Malis Cinta yang kini berada di trimester pertama kandungan ini turut memohon maaf kerana tidak berkongsi cerita gembira ini lebih awal lagi.

“Ramai tanya masa mula-mula dahulu tapi Sarah tak berani cakap lagi. Sekarang, Sarah rasa kandungan dah kuat, baru Sarah berani nak bagi tahu.

“Minta maaf tau sebab tak bagi tau awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada anxiety, so Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan ni.

“Sarah nak mintak anda semua, doakan Sarah dan kandungan tau. Sarah doakan juga ibu kat luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan jadi ibu. Amin,” tulis Sarah lagi.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jan 2024
Hiburan Wed, 30 Jul 2025

Pernah Rasa Tak Layak Jadi Artis, Agy Sedia Berdamai Dengan Luka Lama.. Buka Kisah Peribadi & Trauma Sejak Kecil

Kenapa ada orang tak suka saya, walaupun saya tak kacau sesiapa? – Agy

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Video tentang makna sebenar Hari Raya buat anak-anak yatim & golongan asnaf ni mesti buat korang sebak..

SATU Syawal adalah hari istimewa yang dinantikan umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan dan bergembira setelah sebulan berpuasa.  Kemeriahan persiapan dan sambutan Aidilfitri termasuk membeli baju raya, bermain bunga api, rumah terbuka dan berkumpul […]

Featured Mon, 27 Dec 2021

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya. Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di […]

Featured Wed, 12 Oct 2022

“Puas Hati? Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia!” – Neelofa Kesal Wajah Bilal Dikritik?

Hanya ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan mungkin faham apa yang saya rasa – Neelofa

error: Content is protected !!