Categories: Trending

Selesai Prosiding, Najib Dibawa Ke Mahkamah Tinggi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akhirnya dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas selesai prosiding Mahkamah Sesyen pada jam 10.30 pagi tadi.

Pengakuan Najib terhadap empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya akan direkodkan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak sebentar sahaja lagi.

Kelihatan didalam Mahkamah adalah dua anak beliau iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantunya, Daniyar Kessikbayev. 

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk DR Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita UMNO, Datuk DR Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar turut kelihatan di dalam dewan Mahkamah.

Sumber : BH Online

 

Salma Syahbuddin