Apa Jadi Dengan Sotong ‘Tukang Tilik’ Musim Piala Dunia?

Wow! Sotong gergasi bernama Rabiot ini dikatakan boleh meramal keputusan bola sepak piala Dunia.

Sotong tukang tilik ini dilaporkan mula popular selepas dikatakan memiliki ‘kuasa ramalan’ ketika pasukan Jepun menentang Colombia, Poland dan Senegal.

Nampaknya, Rabiot mengikut jejak langkah sotong popular terdahulu, Paul The Octopus yang popular pada Piala Dunia 2010.

Sotong kurita tersebut diletakkan dalam tangki mengandungi tiga bakul mewakili, ‘menang’, ‘kalah’ atau ‘seri’.

Walaupun ramalan Rabiot dikatakan 100 peratus tepat, nelayan yang membelinya membuat keputusan untuk menjualnya di pasar sebelum peringkat kalah mati. 

Dalam masa sama, pengguna media sosial mendakwa kematian Rabiot sebagai punca kekalahan Jepun di tangan Belgium dengan 3-2, sekali gus menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada Piala Dunia, semalam. Sabarlah ya…

Sumber: Agensi

SGMS Faida