Categories: Trending

Kes Dana 1MDB, Anak Tiri Najib Razak Ke SPRM Lagi

Walaupun sudah habiskan masa sembilan jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir sekali lagi hari ini.

Riza Aziz dijangka bertemu pegawai SPRM pada pukul 2 petang hari ini.

Sumber berkata masih ada beberapa perkara yang perlu ditanya kepada Riza mengenai 1MDB.

Ini kerana terdapat dakwaan bahawa dana dari 1MDB digunakan untuk membiayai beberapa filem Hollywood di bawah syarikat miliknya.

Semalam, Riza, 48, yang memakai sut gelap dan kemeja kuning, tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 1.30 petang ditemani peguamnya, Datuk K. Kumaraendran.

Riza meninggalkan bangunan SPRM pada jam 10.30 malam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada Selasa berkata Riza hanya diambil keterangan sahaja dan tiada keperluan untuk menahan beliau setakat ini.

Riza adalah pengasas bersama syarikat pengeluaran filem Hollywood, Red Granite Pictures, yang antara lain, menghasilkan filem The Wolf of Wall Street yang terkenal.

Beliau adalah salah seorang daripada dua anak Datin Seri Rosmah Mansor hasil dari perkahwinan sebelumnya.

SGMS Faida