Categories: FeaturedTrending

Sembuh COVID-19, bayi comel Sameera sudah pulang tapi sedih bapa tak mahu dukung!

Selepas 18 hari dikuarantin di hospital, bayi comel Noor Sameera Mohd Nazlee, berusia tujuh bulan akhirnya disahkan sembuh daripada wabak COVID-19.

Sameera yang juga anak kepada sepupu pelakon dan pengacara, Neelofa, kini sudah lima hari dibawa pulang ke rumahnya dan perlu menjalani 14 hari kuarantin diri (self quarantine).

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh ibunya, Noor Cahaya di Instagram, bayi berkenaan kelihatan cukup sebak dan sedih apabila melihat wajah bapanya.

Meminta didukung atau rindu barang kali kerana sudah lama tidak bertemu ayahanda tercinta.
Kasih seorang ayah, tentu sekali ingin memeluk si kecil tetapi apakan daya belum boleh memegangnya.

“Dia tidak meluluskan potongan rambut baru daddy. Betul dia rindu daddy dia sebab daddy dia tak boleh angkat lagi…sebab dia masih kuarantin 14 hari,” tulis Noor Cahaya, disambut hampir 77,000 tanda suka daripada netizen.

Sameera disahkan COVID-19 pada 20 Mac lalu selepas mendapat jangkitan itu melalui ahli keluarga yang baru pulang dari luar negara dan dimasukkan ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) Tutong, Brunei untuk menjalani proses kuarantin.

Melalui perkongsian ibunya dalam Instagram, sepanjang mereka berada di hospital, keadaan Sameera ada kalanya stabil dan ada ketikanya tidak.

Ramai yang mendoakan kesembuhan bayi comel itu dan tentu sahaja perkhabaran terkini Sameera sembuh daripda COVID-19, satu berita baik!

Yanie Baharom