Categories: Trending

[Terkini] COVID-19: Kadar Kesembuhan Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

Berikutan wabak COVID-19, Malaysia kini mencatatkan kadar kesembuhan sebanyak 45 peratus sekaligus menjadikan Malaysia antara negara yang mencatatkan kadar kesembuhan yang tertinggi di dunia.

Amerika Syarikat paling teruk terjejas

Dalam satu status yang dimuat naik di laman Twitter KKM. Statistik WHO menunjukkan Amerika Syarikat paling teruk terjejas dengan kes melebihi setengah juta dan kematian melebihi 20,000.

Manakala, kadar kesembuhan tertinggi di China adalah sebanyak 94 peratus dan Korea Selatan 69 peratus.

Secara keseluruhan, purata kadar kesembuhan di dunia adalah sebanyak 22.7 peratus. Bagi kadar kematian, Malaysia masih lagi mengekalkan kadar kematian terendah berbanding dua negara lain iaitu Indonesia dan Filipina.

Semoga negara Malaysia berjaya memutuskan rantaian COVID-19 sepenuhnya sehingga negara kita diisyitiharkan bebas COVID-19. Sementara itu, teruskan #stayathome dan amalkan jarak sosial. Kita mampu memerangi wabak ini bersama-sama!

Sumber: KKM Putrajaya

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”