Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 18, 2021 @ 7:13pm

Sewa Filem Serendah RM1, Ubah Rumah Anda Menjadi Pawagam Dengan ‘tonton CINEMA’

Sedar atau tidak, sudah hampir setahun rakyat Malaysia berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita. Walaupun panggung wayang telah dibuka, ramai yang masih memilih untuk kekal berada di rumah dan kini anda boleh mengubah rumah anda menjadi pawagam dengan tonton CINEMA!

Anak syarikat Media Prima Berhad, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan REV Media Group telah melancarkan tonton CINEMA iaitu sebuah perkhidmatan penstriman Bayar Per Tontonan (Pay Per View PPV) yang membawakan filem terbaik terus ke rumah anda, menjadikannya ruang pawagam anda sendiri.

tonton CINEMA menawarkan koleksi filem terkini dan malar hijau. Caranya begitu mudah, daftar akaun tonton CINEMA di laman sesawang https://cinema.tonton.com.my dan mula strim!

Anda masih boleh layari catchup yang sedia ada dan LiveTV secara percuma di aplikasi dan laman web.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Sewa Filem Serendah RM1!

Pawagam anda, aturan anda! Strim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada di Malaysia menerusi aplikasi iOS dan android di telefon pintar, komputer, tablet dan komputer riba anda.

Pada masa akan datang, anda juga boleh strim tonton CINEMA menerusi aplikasi TV pintar!

Sempena pelancarannya, tonton CINEMA menawarkan harga promosi istimewa dalam waktu terhad, dimana anda dapat sewa filem serendah RM1!

Setiap filem dapat ditonton dalam jangka masa 48 jam menggunakan 5 peranti pada masa yang sama! Kaedah pembayaran adalah fleksibel iaitu melalui kad kredit/ kad debit dan perbankan atas talian, tonton CINEMA juga mesra e-dompet.

Kongsi Idea Kreatif Menerusi tonton CINEMA!

Selain itu, tonton CINEMA juga bekerjasama dengan Primeworks Studios dan industri perfileman untuk membawakan kandungan yang berkualiti kepada penonton Malaysia.

tonton CINEMA juga ingin menguar-uarkan kepada para penggiat seni untuk menyumbangkan idea-idea kreatif mereka menerusi platform ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen dan Primeworks Studios, Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh, ia adalah langkah yang strategik dalam memperluaskan kumpulan sasaran di platform digital dan mempromosikan kandungan tempatan sebagai sebuah konglomerat media dan hiburan terbesar di Malaysia.

Inisiatif ini membuka peluang kepada produksi tempatan untuk meneraju pelbagai genre dalam meluahkan idea-idea kreatif mereka.

Kongsikan idea-idea kreatif anda dengan menghantarnya kerja pembentangan kepada [email protected]

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Nov 2021

Netizen Kecam Wanita Kahwin Dengan Bapa Saudara Sendiri

Sebuah klip video menunjukkan perkahwinan seorang wanita dari Sulawesi Selatan dengan bapa saudaranya di aplikasi TikTok pada Rabu. Malah, perkahwinan mereka dikecam kerana salah faham mengenai perkahwinan itu dan menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. […]

Events Wed, 13 Dec 2023

Incubus Pilih Malaysia Sebagai Lokasi Konsert Jelajah Asia 2024

Incubus Live in Malaysia gais! Can’t wait!!!!🔥

Featured Mon, 21 Apr 2025

Simbol Kebebasan & Sindiran Tajam, Diana Danielle Bangkit Dengan Single ‘Raja Dusta’… Cerita Soal Hubungan Toksik

Lagu ini mewakili ‘suara’ kepada wanita dan lelaki terpalit dengan hubungan toksik.

Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Featured Wed, 30 Jun 2021

“Jangan Pendam Jika Ada Masalah, Luahkan…” – Nazim Othman

Berikutan tularnya pelbagai masalah dan tekanan yang hidup yang dihadapi oleh orang ramai, pelakon Nazim Othman menggalakkan agar individu yang mengalami tekanan agar tidak memendamnya seorang diri. Nazim menggalakkan mereka yang mengalami tekanan di saat […]

Featured Fri, 27 May 2022
error: Content is protected !!