Trending By: Padin November 23, 2020 @ 4:24am

SFMM35: “Ada Yang Cakap Saya Tak Layak Ganti Siti…” – Shiha Bersyukur 7 Nasihat Trending, Mohon Netizen Berhenti Kritik Aishah

Penyanyi Shiha Zikir bersyukur kerana persembahannya di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu 7 Nasihat bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta diterima ramai.

Masakan tidak, sehingga artikel ini ditulis, video persembahan terbabit meraih lebih 353,000 tontonan dan menduduki tangga ke-11 carta trending di laman YouTube.

“Saya rasa berbangga apabila lagu ini trending, ini kejayaan komposer, Kmy dan Luca serta Tok Ti sendiri. Saya hanya menumpang gembira kerana saya hanya menyampaikan amanah untuk menyampaikan lagu ini di SFMM35, Alhamdulillah, ia trending. Saya sangat bersyukur,” kata pelantun lagu Jagakan Dia ini.

Tambah Shiha yang kini dalam rangka promosi lagu AEWO, dia mendedahkan ada sesetengah pihak yang menganggap dirinya tidak layak menggantikan Siti.

“Ada suara sumbang kata saya tak layak!”

“Saya terharu baca komen positif netizen. Sebelum saya tampil di pentas SFMM35, saya rasa sangat gugup dan saya juga sudah bersedia secara mental untuk menerima kritikan negatif dan perbandingan orang lain.

“Sebelum menyampaikan lagu terbabit, ada suara-suara sumbang yang mengatakan saya tak layak, suara saya tak baguslah dan ada beberapa komen pedas lain. Saya tak marah kerana saya faham semua orang ada citarasa tersendiri,” katanya kepada Xtra.

“Jangan kritik Aishah…”

Ketika ditanya mengenai persembahan Aishah menggantikan Siti menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di SFMM35 mendapat kritikan segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab, Shiha mempunyai jawapan tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: #SFMM35: “Air Mata Ni Tak Henti Dari Semalam” – Aishah Kesal Terima Komen Berunsur Hinaan

“Pendapat peribadi saya, Kak Aishah membawakan lagu terbabit dengan baik dalam cara tersendiri. Saya harap orang tak bandingkan. Janganlah terus menghukum dan kritik, bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak, lebih-lebih lagi dalam keadaan sebegini.

“Saya tahu setiap orang ada jangkaan tersendiri. Kak Aishah sudah sampaikan dengan cara yang baik, dalam ‘feel’ yang tersendiri. Sebagai penonton dan peminat, apa yang perlu kita lakukan ialah untuk memberikan sokongan. Kak Aishah pun bukan calang-calang penyanyi,” katanya mengakhiri bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 12 Feb 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022

Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Teruk betul komen komen yang Puteri Balqis terima, tapi setiap jawapan dibalas padu penuh sarkastik! Yang berani komen macam macam tu, jangan nangis tepi bucu katil sudahh la ya 🤭

Drama Thu, 17 Nov 2022
Trending Thu, 14 Jun 2018

最强防偷伞绝招!打开狂下「蟑螂雨」吓坏偷伞贼

最近天气状况反复不定,突然就下起大雨。有时候如果遇上超没公德心的偷伞贼就更惨,不过到底有没有什么能够避免雨伞被偷呢?