Trending By: SGMS Faida October 15, 2018 @ 12:03am

Siling Hotel Roboh, Pekerja Bangladesh Jatuh Dari Ketinggian 40 Kaki

 Siling berukuran 1,500 kaki persegi di hotel Hilton Kuala Lumpur runtuh ketika kerja pembaikpulihan pendawaian elektrik, sebentar tadi.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki warga Bangladesh dilaporkan cedera.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, mangsa yang jatuh dari ketinggian 40 kaki itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala. 

Dia telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.

Selepas mendapat panggilan kecemasan, kekuatan anggota seramai 26 orang dikejarkan dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat – Pantai, Hang Tuah dan Seputeh.

Sementara itu, pihak pengurusan hotel mengesahkan tiada mangsa lain terlibat dalam insiden terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Feb 2023
Trending Mon, 9 Nov 2020

Lagu Cinta Kita 2: Peserta VS Komen Juri? Jom Recap Episod 1!

Wow! Tak sabar nak tunggu minggu depan

Featured Wed, 21 Apr 2021

Persoal Cinta Kepada Ilahi, Autotune Band Dan The Truth Tampil Menerusi Bukti

Pernah viral menerusi cover Panama versi dakwah di YouTube Malaysia, Autotune Band tampil berani mempersoalkan bukti cinta sebenar umat Islam dalam sebuah karya baru bertajuk Bukti. Bukti membawakan mesej mengenaj kecintaan kita kepada llahi. Hari

Trending Tue, 18 Sep 2018

Tiada Lagi Pembaharuan Lesen Di Dalam MyKAD

kerajaan melalui JPJ akan menggunakan pakai sepenuhnya lesen memandu fizikal bagi menggantikan lesen memandu yang terkandung di dalam MyKAD pengguna.

Trending Tue, 3 Aug 2021
Featured Thu, 25 Feb 2021

| Live TV