Hiburan By: Maya Basir February 22, 2024 @ 12:59pm

“Dulu Syamsul Kahwin Dua, Kau Kutuk” – Berlakon Untuk Produk Kecantikan Bersama Andi Arsyil Dianggap Gedik, Puteri Sarah Beri Respons Padu!

Pelakon Puteri Sarah tidak berdiam diri selepas dianggap gedik gara-gara berlakon untuk produk kecantikan bersama aktor dari Indonesia iaitu Andi Arsyil.

Menerusi hantarannya di Instagram, lakonan tersebut memperlihatkan mereka berdua terserempak di sebuah kedai serbaneka dan kemudian ke kafe bersama untuk minum petang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Megat Kamaruddin (@puterisarahliyana)

Meninjau di ruangan komen, ada individu yang mengatakan tindakannya berlakon bersama dianggap gedik dan hukumnya haram.

Malah, individu itu mengaitkan dengan bekas suaminya yang pernah dikecam kerana kahwin buat kali kedua.

“Ramai perempuan komen, sweetnya, apa lah.. Tu la, bila duduk gedik-gedik gini. Hakikatnya haram.

“Dulu Syamsul kahwin nombor dua secara halal, kau kutuk, maki dia. Yang halal jadi haram, yang haram jadi halal. Tenat dah dunia,” komen individu berkenaan.

Sementara itu, Sarah membalas dengan komen ringkas namun padu buat individu itu.

“Bila bangang berbicara. Dunia makin tenat,” balasnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusuf mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun sah bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Tue, 21 Nov 2017

KENAPA NI ZIZAN?

Baru-baru ini Zizan telah mengalami kecederaan semasa sedang menjalankan penggambaran Filem terbarunya. Apa jadi kat Zizan ni?

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Mon, 23 Oct 2023

Lebih ‘Deep’! Pamer Persembahan Luar Biasa, Fourtwnty Bikin 1,500 Peminat ‘Puas’

Persembahan Fourtwnty semuanya gokil. Sampai jumpa di tour selanjutnya!🖐️

Featured Thu, 29 Dec 2022

Balu Abam Bocey Rasa Belum Menang Kes Saman, Memilih Berdiam Diri

Allah Maha Adil. Semoga dipermudahkan segala urusan

Trending Sun, 27 Dec 2020
Featured Fri, 8 Dec 2023

Naluri Seorang Bapa, Sharnaaz Ahmad Terkesan Kematian Zayn Rayyan… Mohon Kes Disiasat Secara Teliti – “Bukan Nak Salahkan Takdir Tapi…”

Yelah, bayangkan kita kat tempat keluarga mangsa. Apa agaknya perasaan anak kecil macam tu mati dibunuh💔