Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin October 16, 2020 @ 12:27pm

Solat Jumaat Dan Fardhu Masih Dibenarkan Di Kawasan PKPB

Solat Jumaat dan solat fardhu di masjid dan surau-surau masih dibenarkan tetapi dengan jumlah jemaah yang terhad.

Namun, menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bagi Selangor ia bergantung kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di negeri tersebut.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Jumlah jemaah tidak melebihi 50 orang

Keputusan itu diambil selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi solat jumaat di masjid dan surau terutamnya di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, jumlah jemaah adalah tidak melebihi 50 orang dan ianya bergantung kepada keluasan dewan solat.

Sumber : Google

Manakala, bagi solat fardhu pula, jemaah adalah tidak melebihi 20 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat.

Ianya sebagai pematuhan SOP selepas kerajaan mengenakan PKPB di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, jemaah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023

“Comelnya! Mata Bulat & Besar…” – Yaya Zahir Kongsi Foto Anak, Bombastic Side Eyes Jadi Perhatian!

Pergh! Dah besar nanti siapa kena bombastic side eyes ni confrim makan hati.😁😁😁

Trending Tue, 9 Jul 2019

Malaysian “Phoenix” Proves Hijabis Can Kick Ass Too!

Sophie Turner who? We don’t know her. The only Phoenix we know is Nor “Phoenix” Diana.

Trending Mon, 12 Jun 2023
Featured Wed, 12 Apr 2023
Trending Tue, 19 Jan 2021

Geran Khas Prihatin Tambahan RM 1,000 Dan RM 500 Kepada..

Wah, inisiatif terbaik untuk membantu golongan PKS!

Featured Wed, 20 Mar 2024
Featured Wed, 1 Nov 2023
error: Content is protected !!