Categories: Trending

Tak Ada Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Keguguran

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dia menerima pekhabaran terbabit ketika membuat pemeriksaan kehamilan semalam.

“Sebenarnya saya baru tahu saya hamil, tapi bukan rezeki saya dan suami untuk menimang anak ketiga. Kalau ikutkan, usia kandungan saya sudah mencecah lapan minggu.

“Namun begitu, apabila saya membuat pemeriksaan semalam, doktor sahkan yang kandungan saya terbantut, tak berkembang.

“Sepatutnya saya hadir berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan degupan jantung, tapi ia tak dapat dikesan dan doktor pun kata saiz kandungan tak membesar mengikut usia kehamilan,” katanya.

Pelakon drama bersiri Sha & Shah itu ditemui ketika majlis pelancaran LB Creuset X Syatilla Melvin Nasi Daging Telentang di Eastin Hotel, Petaling Jaya sebentar tadi.

Syatilla turut mendedahkan dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.

“Ini merupakan keguguran ketiga saya. Saya akui saya sedih sebab saya pun sudah bersedia untuk anak ketiga, tapi saya reda, tak ada rezeki untuk saya dan suami.

“Apabila doktor beritahu semalam, Sam hanua terdiam sebentar. Tetapi dia menerima perkhabaran ini dengan hati terbuka. Anak sulung saya, Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya.

“Kali pertama, saya keguguran sebelum hamilkan Syeriv dan kedua, sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri, jika tidak, saya akan melalui proses mencuci rahim,” ujarnya.

Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 3.

Padin