Trending By: Syamir Shafie November 29, 2023 @ 10:13am

Tak Sanggup Berenggang Dengan Anak, Datuk Awie Lebih Sensitif Menjelang Usia Emas – “Pandai Buat Anak, Pandailah Jaga”

Penyanyi rock legenda, Datuk Awie meluahkan rasa sedih apabila dirinya kini berjauhan selama empat hari dengan anaknya.

Awie yang bakal menimang cahaya mata ketujuh itu mengakui lebih beremosi dan sensitif pada usia emas sekarang berbanding dirinya pada waktu muda.

Dahulu, hatinya tidak tersentuh jika meninggalkan anak selama sebulan bagi menjayakan penggambaran namun sekarang keadaan sudah berbeza.

Memetik laporan Berita Harian, peningkatan usia membuatkannya lebih fokus kepada keluarga dan lebih memahami kepayahahan isteri dalam membesarkan anak-anak.

“Sebelum ini, saya terlalu pentingkan kerja, mungkin kerana berusia 30-an, jadi saya tak fikirkan susah payah isteri jaga anak.

“Kadang-kadang tak perlu pun saya tetap nak keluar. Macam orang tiada anak. Kalau dulu shooting sebulan saya masih boleh buat bodoh sahaja.

“Apabila sudah semakin meningkat usia, kelebihan yang saya nampak adalah menjadi lebih prihatin terhadap anak-anak dan keluarga,” katanya.

Menganggap anak sebagai rezeki daripada Allah, pelantun lagu Senja Nan Merah itu perlu lebih teliti dalam menjaga kesihatannya memandangkan usianya pun sudah lanjut.

Baginya, dia tidak sanggup melihat isterinya seorang sahaja yang bersusah-payah menjaga cahaya mata mereka itu.

“Saya anggap rezeki dapat anak pada usia sekarang, tetapi cabaran daripada Allah supaya saya jaga kesihatan.

“Saya tak nak pandai-pandai buat anak kemudiannya jatuh sakit. Itu umpama menganiaya isteri, pandai buat anak, kena pandai jaga lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, teraju utama Maria Mariana itu meminta orang ramai menitipkan doa agar dianugerahkan seorang puteri.

“Doakanlah semoga cahaya mata yang bakal lahir perempuan. Ini kerana isteri mahukan sepasang anak lelaki dan perempuan,” luahnya.

Meskipun dirinya jarang berada di rumah kerana tuntutan kerja, dia dan isteri telah memgambil keputusan untuk menyediakan seorang pembantu bagi menjenguk dan membantu melakukan kerja-kerja rumah.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Dec 2017

PEOPLE ARE UPSET WITH THIS PICTURE OF BOOKS BEING STEPPED ON

In Asian cultures, we respect books and putting them under our feet is considered insulting.

Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Featured Sat, 3 Sep 2022
Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Wed, 7 Jun 2023

Siti Nurhaliza Cipta Magis Bakal Sepentas Dengan David Foster – “Saya Tak Akan Sia-Siakan Peluang Ini”

Mega! Siti Nurhaliza bakal beraksi dengan penyanyi hebat antarabangsa tau!

Trending Fri, 27 Sep 2019

CCTV拍到「鬼怪」雕塑半夜自转!超恐怖的~

「鬼怪」雕塑半夜被CCTV拍到自转,网民直言:「小心邪灵附体」!