Featured By: Yanie Baharom November 19, 2018 @ 10:00am

Teka-Teki Terlerai, Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Selamat Bergelar Tunangan. Tahniah!

Tahniah! Fasha Sandha dan Aidil Aziz, di atas pertunangan kalian yang berlangsung petang semalam di 9Kedongdong, Ampang.

Perancangan majlis ini sebenarnya sudah lama diketahui Hijab & Heels, apabila Fasha sendiri memaklumkan mengenai perkara itu pada 7 Oktober lalu, sebelum fotografi Figura November dilakukan pada 17 Oktober.

Walau bagaimanapun sebagai menghormati permintaan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, perkhabaran gembira itu terpaksa dirahsiakan. 

Alhamdulillah, segala teka-teki terlerai semalam apabila Fasha dan Aidil Aziz, mengesahkan berita pertunangan mereka dalam sebuah majlis sederhana dan tertutup, dihadiri keluarga terdekat serta rakan yang rapat dengannya.

Fasha berkata, majlis itu adalah sangat istimewa kerana tidak pernah melalui fasa bertunang sebelum ini meskipun pernah mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dalam sebuah majlis sederhana sepertimana yang diinginkan kedua-dua belah pihak.

“Saya berasa bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali dan saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke tarikh perkahwinan kami nanti,” katanya kelihatan cukup manis dalam persalinan kurung moden rekaan Rizman Ruzaini.

Foto: Instagram Rizman Ruzaini

Merancang untuk bernikah awal 2019, majlis pertunangan pasangan ini bermula selepas Asar yang mana pihak Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha.

Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.

Majlis menyarung cincin tanda pertunangan disempurnakan oleh ibu Aidil, Rokkiah Md Noor sambil disaksikan ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak dan kaum keluarga yang datang dari Rembau.

Ibu Fasha, Hatijah Tehman turut hadir bersama kaum keluarganya bagi memeriahkan majlis pertunangan.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Foto: Instagram Rizman Ruzaini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Trending Thu, 5 Sep 2019
Trending Wed, 17 Feb 2021

“Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Takutnya, apapun semoga Andi Bernadee kembali sihat…

Hiburan Wed, 1 Sep 2021

“Walaupun Dalam Keadaan Negara Yang Mencabar, Kita Harus…” – Bunkface

Mengambil kira situasi semasa tatkala negara masih lagi ‘berperang’ dengan virus Covid-19, kumpulan rock ternama tempatan, Bunkface mengambil langkah tersendiri dengan memberi nafas baharu terhadap single Kita Punya Malaysia. Menariknya, lagu Kita Punya Malaysia yang […]

Featured Sat, 4 Mar 2023

“Saya Dalam Fasa Bahagia” – Intan Najuwa Enggan Ulas Isu Tunang

take ur time Intan! Mogayang baik-baik saja.

Trending Mon, 9 Apr 2018

Wow! Nenek 97 Tahun Masuk Acara Angkat Berat

Terdahulu, beliau merupakan seorang bekas guru tarian yang amat meminati sukan. Segalanya bermula sejak beliau berkunjung ke sebuah gimnasium Akademi Bill Beekley di sini bersama rakannya.

Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]