Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 5, 2021 @ 1:51pm

Tempoh Moratorium Pembaharuan Lesen Kenderaan Tidak Akan Disambung Selepas… – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook memaklumkan, Tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September 2021.

Malah, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.

“Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

“Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,”

Orang ramai juga disaran membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam di public.jpj.gov.my ATAU menerusi myEG.

Selain itu, sebarang urusniaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Mar 2020

Tangan Bersih Sahaja Tak Mencukupi; Ini Adalah Cara-Cara Anda Boleh Sanitize Pakaian Anda

COVID-19 semakin merisaukan di Malaysia, sanitize pakaian mungkin langkah seterusnya untuk berjaga-jaga.

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Dia Pernah Duduk Dalam Hati Aku…” – Mamat Sepah tak Selesa Nama Jep Terus Dikaitkan

Mamat menegaskan kenangan bersama Jep dan Shuib Sepahtu bukan sesuatu yang mudah dipadam.

Trending Sat, 29 Jan 2022

Fenomena ‘Ikatan Cinta’ Bakal Pukau Penonton Malaysia, Sinetron No 1 Indonesia Ini Kini Ditayangkan di TV9!

Ikatan Cinta, sebuah karya meruntun jiwa arahan Doddy Djanas telah mewarnai saluran TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.40 malam bermula 26 Januari lalu. Barisan pelakon hebat seperti Amanda Manopo, Glenca Chysara, Evan Sanders, […]

Trending Wed, 3 Oct 2018

Al-Fatihah…Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi Menyelamat

Jurucakap Bomba Selangor berkata, kejadian dipercayai ketika mereka terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berusia 17 tahun yang terjatuh di lombong berkenaan.

Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Sat, 15 Apr 2023
error: Content is protected !!