Categories: Trending

[TERKINI] Dua Lagi Maut, 181 Petugas KKM Kini Disahkan Positif Covid-19

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan seramai 181 petugas kesihatan KKM dan swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua lagi kematian dilaporkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, siasatan mendapati punca sebenar jangkitan kesemua anggota kesihatan tersebut bukanlah disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan.

Sumber : Google

“Daripada jumlah itu, 122 petugas kesihatan dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri kenduri perkahwinan dan datang hospital lalu menjangkiti rakan mereka

“Manakala 36 lagi petugas dijangkiti semasa berkhidmat di klinik atau Unit Rawatan Rapi (ICU)

“Ia disebabkan semasa melaksanakan prosedur, pesakit tidak memaklumkan ada hubung kait dengan kontak rapat positif Covid-19.

Sumber : Google

” Ini bermakna hanya 20 peratus dijangkiti di hospital manakala 80 peratus bukan berkaitan perkhidmatan di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, pada Rabu.

Tambahnya lagi, seramai 2,000 petugas kesihatan kini telahpun menjalani saringan secara berkala bertujuan untuk memastikan tiada jangkitan dikalangan petugas.

Salma Syahbuddin