Categories: FeaturedOh Lawa

Tutorial solekan sawo matang serlahkan si hitam manis

Memiliki kulit gelap atau sawo matang adalah anugerah terindah kurniaan Tuhan yang perlu dibanggakan oleh setiap wanita.

Berbanding dengan mereka yang berkulit cerah, kulit sawo matang mempunyai lebih manfaat untuk kesihatan kerana ia mengandungi melanin yang berfungsi melindungi kulit daripada sinar ultralembayung (UV), sekali gus mengurangkan risiko daripada terkena kanser kulit.

Kulit gelap juga mengandungi lebih banyak serat kolagen yang tebal dan mampu mengurangkan kedutan serta penuaan lebih cepat.

Bagaimanapun, memiliki kulit gelap bukan alasan untuk seseorang itu tidak tampil cantik dan manis. Dengan teknik solekan yang betul, individu yang mempunyai kulit eksotik itu juga mampu menyerlah dan berseri.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Jurusolek, Mea Sukri daripada Mea Sukri Makeup Academy berkongsi teknik solekan yang sesuai untuk wanita yang berkulit sawo matang.

Menurutnya, pemilihan warna dan ton bersesuaian bagi sesetengah alat solek memainkan peranan penting untuk menyerlahkan keterampilan individu berkulit sawo matang.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Paling penting, pemilihan bedak asas yang sesuai dengan ton kulit adalah perkara yang perlu dititikberatkan agar wajah tidak kelihatan kelabu, kusam atau bercapuk.

Pemilihan warna pembayang mata yang semula jadi dan tidak terlalu terang juga sesuai untuk wanita berkulit gelap.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Jom lihat video tutorial solekan bagi kulit sawo matang yang mampu menyerlahkan lagi kulit wajah sekali gus menaikkan lagi tahap keyakinan si hitam manis.

Ad Ops