Categories: Trending

Penyanyi Indonesia Glenn Fredley Dilaporkan Telah Meninggal Dunia

Selepas berita pemergian Ashraf Sinclair pada Februari lalu, industri hiburan Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi tersohor, Glenn Fredly yang dilaporkan telah meninggal dunia.

Penyanyi berusia 44 tahun itu dilaporkan sudah lama bertarung dan menderita dengan penyakit di hospital.

Glenn dikhabarkan meninggal dunia jam 6 petang tadi di Rumah Sakit Fatmawati. Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Januari itu juga baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Glenn Fredley dan isterinya, Mutia Ayu dilaporkan baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka.

RIP, Glenn. 🙁

Sumber: Billboard Indonesia

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”