Categories: Sihat

Senaman vestibular bantu beri manfaat buat anak istimewa

Selain lima deria utama iaitu bau, rasa, penglihatan, pendengaran dan sentuhan, terdapat dua lagi deria yang penting iaitu deria vestibular untuk keseimbangan serta deria proprioseptif untuk kesedaran tubuh.

Deria vestibular merupakan keupayaan struktur dalaman telinga untuk mengesan pergerakan kepala dan mentafsirkan melalui otak untuk menghasilkan kawalan keseimbangan dalam pergerakan.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Deria vestibular penting untuk perkembangan kanak-kanak terutama anak istimewa seperti disleksia, sindrom down dan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD) kerana mereka mempunyai masalah sensori iaitu terlalu sensitif dengan sentuhan, bunyi serta persekitaran.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Guru pendidikan khas, Norlinda Moso’od yang juga penasihat Orlin Special Education Needs EIP & Sensory Therapy Centre, berkongsi panduan senaman vestibular yang mampu membantu meningkatkan fokus, menstabilkan postur badan dan keseimbangan badan.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Senaman atau teknik yang dikongsi adalah mengikup tahap iaitu Planter Swing, Flexi Disc dan Bolster.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Jika ibu bapa tidak mempunyai peralatan seperti yang ditunjukkan dalam video, jangan risau kerana senaman itu juga boleh dilakukan secara manual dengan melakukan hayunan sisi, hayunan atas dan ke bawah dan menggunakan selimut.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Semoga ia memberi manfaat kepada ibu bapa dalam membantu mengatasi masalah sensori anak istimewa mereka dari segi keseimbangan badan atau vestibular.

Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Jom layari saluran Youtube Hijab & Heels untuk melihat video senaman vestibular dan video menarik yang lain.

Ad Ops