Trending By: Salma Syahbuddin March 15, 2020 @ 12:07pm

[TERKINI] “Kami Mahu Pulang Secepat Mungkin, Makin Ramai Yang Mati” – Luahan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Itali

Itu adalah luahan hati antara rakyat Malaysia yang masih terkandas.

Norul Ridzuan Zakaria, 50, yang bekerja sebagai pembekal untuk anak syarikat agensi angkasa Itali merayu agar kerajaan Malaysia segera mengeluarkan mereka dari negara itu selepas Itali kini mencatatkan angka kes kematian tertinggi di luar China dengan 1000 orang.

Menurutnya lagi, mereka kini sudah dikuarantin bermula pertengahan Februari lagi manakala, semua kedai, pejabat, kolej dan universiti ditutup sepenuhnya.

“Kami mahu pulang ke Malaysia, keadaan di sini (Itali) tidak terkawal dengan jumlah mereka yang dijangkiti dan meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat secara mendadak.

“Diharap kerajaan Malaysia dapat mengeluarkan segera rakyat Malaysia di Itali, kebanyakan hospital juga sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit akibat terlalu ramai yang dijangkiti wabak.”

Sumber : Google

Malah, Norul Ridzuan juga memaklumkan Kerajaan Itali hanya membenarkan wakil keluarga sahaja keluar untuk membeli barang keperluan dan hanya 10 orang sahaja dibenarkan masuk untuk membeli barang di pasaraya dalam satu-satu masa. 

Selain pasaraya, beliau juga memberitahu di hospital kini keadaan sangat sesak dengan pesakit, malah ada diantara mereka terpaksa ditolak kerana wad tidak mencukupi.

“Bayangkan, rakyat mereka sendiri pun terpaksa ditolak (untuk rawatan), inikan pula rakyat luar.

“Sebab itu saya memilih untuk keluar secepat mungkin dari Itali kerana keadaan di sini sudah tidak terkawal, bayangkan dalam tempoh sehari jumlah jangkitan mencecah 800 hingga 1,000 orang,” katanya.

Sumber : Google

Norul Ridzuan yang berasal dari Taping, Perak ini dan telah menetap di Itali selama 5 tahun itu berkata, Kedutaan Malaysia di Rom sudah mewujudkan kumpulan Whatsapp khas dan meminta nama rakyat Malaysia yang mahu pulang segera ke tanah air.

Sumber : Google

“Ada yang memilih tidak mahu pulang kerana mempunyai beberapa kekangan, tetapi saya tetap mahu pulang kerana memikirkan keselamatan keluarga.

“Disebabkan itu, saya cuba berhubung dengan (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein (Menteri Luar), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri) melalui Facebook supaya mereka prihatin dengan nasib kami.

“Alhamdulillah, Datuk Seri Hishammuddin memberi maklum balas positif dengan membalas komen di Facebook saya,” Jelasnya.

Terkini, beliau juga sempat berkongsi keadaan di sana apabila rata-rata penduduk di Milan, dan Venice antara yang paling teruk terjejas sudah keluar ke bandar lain. 

Dan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkemabangan Covid-19 ini boleh lah saksikan di Buletin Utama, TV3 pada jam 8 malam.

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Jul 2019

Nak Beli Rumah Tapi Kena Black List PTPTN? Ini Berita Baik Untuk Korang!

Anda akan dikecualikan daripada sekatan sekiranya hendak membeli rumah pertama.

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Trending Tue, 23 Mar 2021

Setahun Bercerai, Farawahida Selamat Bernikah Dengan Pegawai Kerajaan Di Hari Lahir Ke-36

Selepas setahun bercerai dengan bekas suami, penyanyi Farawahida Razali selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Zulkifli Alias pada 19 Mac lalu. Farawahida diijabkabulkan dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping. “Suami saya […]

Hiburan Tue, 14 Sep 2021

“Esok Birthday Ibu, Allah Hadiahkan Kepulangan Ayash Affan Hari Ini” – Shuib Sepahtu

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu bersyukur kerana anak keempatnya, Ayash Affan bakal pulang ke rumah hari ini. Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, Shuib menyifatkan ia sebagai hadiah bersempena hari lahir isterinya, Allahyarham Siti Sarah […]

Featured Sat, 24 Dec 2022

Alif Satar Sertai Ekspedisi Daki Jabal Nur – “Tak Boleh Bayang Macam Mana Dulu Nabi Muhammad SAW Panjat Sendirian”

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendaki gunung bersejarah, Jabal Nur ketika menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar) […]