Categories: Trending

[TERKINI] Ujian Saringan Di Chow Kit Kini Bermula

Bermula pada pukul 9 pagi tadi, sepasukan petugas kesihatan melakukan ujian saringan di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Harian Metro, kehadiran pasukan petugas itu adalah bagi membekalkan peralatan kesihatan yang diperlukan di lokasi berkenaan selain melakukan ujian saringan bagi setiap individu di kawasan terbabit.

Sumber : Google

Tinjauan juga mendapati, semua laluan masuk ke Pasar Chow Kit di Jalan Raja Alang termasuk laluan dari Kampung Baru menuju ke Chow Kit dan sebahagian Jalan Tunku Abdul Rahman dikawal ketat pihak berkuasa dengan sesetengah lokasi diletakkan pagar kawat duri sejak semalam.

Malah, setiap individu yang mahu memasuki kawasan Chow Kit juga diperiksa rapi bagi membolehkan hanya mereka yang benar-benar mempunyai urusan penting dibenarkan masuk.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan dua kawasan di Selayang dan Chow Kit  tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), namun pergerakan keluar masuk di kawasan berkenaan dihadkan.

Salma Syahbuddin